Solat Jumaat ketika banjir

Iklan
Penduduk Kampung Aceh Mohd Rashik Ujang, 57, dan Mohamad Naziri Razali, 48, mendayung sampan ketika meninggalkan pekarangan masjid selepas menunaikan solat Jumaat ketika tinjauan hari ini.
Kampung Aceh terletak di pinggir Sungai Pahang mula dilanda banjir 2 Januari lalu, selepas banjir besar di hulu Pahang mula melimpah ke Daerah Pekan yang terletak di hilir Sungai Pahang. Selain itu hujan lebat berterusan turut menyebabkan keadaan banjir tersebut.