JAWI Food Bank sumbang RM275, 000 kepada mangsa banjir

Iklan
Pelancaran Misi Bantuan JAWI Food Bank ke Pahang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) di Lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah JAWI Food Bank menghulurkan sumbangan berjumlah RM275,000 dalam misi bantuan banjir di Pahang dan Kelantan.

JAWI dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, sumbangan tersebut mendapat kerjasama daripada masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta rakan strategik mereka.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, misi bantuan banjir ke Temerloh, Pahang mula dihantar pada Jumaat sementara ke Kelantan pada Selasa depan.

"Ia melibatkan penghantaran barangan keperluan asas berupa 5,000 kampit beras dengan berat keseluruhan 25 tan yang bernilai RM62,500 bagi setiap negeri," kata kenyataan itu.

Pelancaran Misi Bantuan JAWI Food Bank ke Pahang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kiri) di Lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada Jumaat.

Iklan

JAWI berkata, bantuan tersebut adalah kesinambungan daripada misi bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan melalui Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,Taman Sri Rampai, Setapak ke Chini, Pekan Pahang, Isnin lalu.

"Sejumlah RM150, 000 berupa barang keperluan harian mangsa banjir termasuk kain pelikat dan batik, lampin pakai buang serta telekung telah dihantar ke sana dengan kerjasama JAWI Food Bank bersama 19 buah agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan

"Misi bantuan ini adalah tanda solidariti terhadap mangsa banjir tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa selain aktiviti tanggungjawab sosial korporat masjid-masjid di Wilayah Persekutuan kepada para penduduk yang terkesan dengan musibah yang melanda," katanya.