Hanya dua PPS masih beroperasi di Johor

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka di Kampung Seremin, Segamat.

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Johor turun mendadak kepada 93 orang daripada 23 keluarga setakat jam 4 petang pada Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan drastik berbanding 710 orang daripada 324 keluarga jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Tinggal dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di dua daerah di negeri ini iaitu di Sekolah Agama Gemereh (Segamat) dan SK Seri Benut (Batu Pahat) manakala tujuh PPS sudah ditutup di Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi yang sebelum ini mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi.

"Antara PPS yang ditutup ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mawai; Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia; SK Sungai Telor; SK Taman Kota Jaya dan SL Gembut yang semunya di Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, selain itu PPS di SJKC Kuo Kuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sutera di Johor Bahru serta SK Sungai Linau di Kluang turut ditutup.

Jelasnya, semua PPS berkenaan ditutup antara jam 9.30 pagi hingga 3 petang pada Jumaat berikutan cuaca yang semakin baik.

Iklan