SHAH ALAM - Syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom Axiata Berhad (Celcom) komited untuk menyokong pelanggan dengan ganjaran hebat dan pakej yang berpatutan ketika mereka berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, sempena Tahun Baharu Cina, Celcom menyediakan pengalaman digital terbaik di rangkaian 4G yang terluas serta tawaran eksklusif seperti kuota ‘hotspot’ 88GB percuma dan kepada pelanggan prabayar.
Menurut Idham, pelanggan pascabayar Celcom MEGA Family Lines boleh menikmati pilihan fleksibel ‘Mix and Match’ iaitu mana-mana dua model telefon pintar termasuk telefon pintar 5G dengan langganan pelan pascabayar mereka.
"Bermula hari ini (Jumaat) sehingga 15 Mac 2021, Celcom Xpax menawarkan secara percuma 88GB kuota hotspot yang sah selama tiga hari bagi semua pelanggan prabayar yang baru melanggan pelan Celcom Xpax, dengan pas Internet Tanpa Had RM12 Mingguan atau Tanpa Had RM35 Bulanan melalui aplikasi Celcom Life.
"Pelanggan prabayar yang sedia ada dengan Pas Internet 7-hari, 14-hari, atau 30-hari akan menikmati kuota internet berkelajuan tinggi 88GB percuma sah selama tiga hari melalui just4ME di aplikasi Celcom Life.
"Pelanggan Celcom Xpax dengan Pas Internet Tanpa Had juga boleh menikmati kuota Hotspot 88GB hanya dengan RM8.80 sah selama lapan hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Idham berkata, kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh menyertai misi yang mudah melalui aplikasi Celcom Life bagi memperolehi ganjaran segera untuk melayakkan mereka bertanding dan memenangi sebuah iPhone 12 Pro.
"Bagi pelanggan pascabayar Celcom XP Lite dengan pas M atau L yang dinaik taraf baru-baru ini boleh menikmati Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat tanpa had secara percuma selain daripada YouTube tanpa had percuma yang sedia ada.
"Pelanggan pascabayar Celcom Mega Family Lines kini boleh mempunyai fleksibiliti untuk memiliki telefon pintar 5G dan 4G terkini di samping menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi,” katanya.
Idham berkata, keselamatan dan kesihatan pelanggan pada masa ini terus menjadi keutamaan dan Celcom memastikan pelanggan dapat terus berhubung dengan orang yang dikasihi tanpa sebarang kerisauan mengenai kuota internet ketika mereka berada di rumah.
"Celcom meliputi lebih 11,000 tapak rangkaian di mana lebih 9,000 daripadanya adalah tapak rangkaian LTE. Ini membolehkan rangkaian Celcom mencapai 96 peratus liputan populasi di 10 negeri seluruh negara,” katanya.
Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini dan eksklusif daripada Celcom, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.celcom.com.my atau www.celcom.com.my/xpax, dan juga laman Facebook dan Twitter Celcom.