Budi tanah sekangkang kera

Iklan

PENINGKATAN kos sara hidup dengan kenaikan harga barang yang sukar dibendung ditambah dengan ekonomi semasa tidak menentu agak menyulitkan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Namun dalam situasi kehidupan hari ini, keluhan dan rungutan ini tidak akan memberi titik penyelesaian jika tiada usaha sendiri untuk mengubahnya.

Iklan
Iklan

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan banyak alternatif boleh diambil untuk mengurangkan kos sara hidup termasuk usaha memanfaatkan tanah sekangkang kera di sekeliling atau sekitar rumah dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan ternakan.

Kecil atau sempitnya tanah bukan alasan namun jika diusahakan dengan betul, manfaatkan teknologi yang ada, usaha ini pasti membuahkan hasil setidak-tidaknya mampu menampung keperluan sendiri atau untuk menambah pendapatan.

Iklan

Ramai yang sudah buktikan bahawa usaha ini berbaloi namun tidak kurang yang terus mengeluh tambah berbuat sesuatu.

Ikuti laporan SINAR XTRA esok yang menyingkap kisah dan pengalaman mereka yang berbudi pada tanah di sekeliling kediaman untuk hasilkan tanaman kontan seperti sayur dan ulam.

Iklan

Sejauh mana hasil yang mereka kecapi dan apakah faktor yang mendorong usaha itu? Dapatkan naskhah anda!