Keluarga mangsa banjir di Sabah terima bantuan RM500

Iklan
HAJIJI

KOTA KINABALU - Setiap keluarga yang terkesan akibat banjir dan air pasang besar di negeri ini akan menerima bantuan wang ihsan RM500 bagi membantu meringankan beban mereka, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata bantuan itu akan diagihkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan diselaraskan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pejabat Daerah yang terlibat.

Iklan
Iklan

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dan NADMA juga menyalurkan bantuan makanan bermasak kepada semua mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Setiap ketua isi rumah yang dipindahkan ke PPS juga diberikan bantuan bakul makanan bernilai RM200,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Iklan

Hajiji berkata dalam menghadapi bencana banjir dan air pasang besar semasa Covid-19, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan semua pihak yang terlibat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

"Kerajaan negeri juga menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya. - Bernama

Iklan