44,621 penyertaan dari seluruh negara

Iklan
Peraduan Sinar Harian Di Hatiku menerima 44,621 penyertaan dari seluruh negara.

SHAH ALAM - Peraduan Sinar Harian Di Hatiku berjaya merekodkan sebanyak 44,621 penyertaan dari seluruh negara dengan Johor mencatatkan jumlah penyertaan terbanyak berbanding negeri lain iaitu sebanyak 9,136 borang dari 468 peserta.

Koordinator Advertorial Sinar Harian, Asmaliza Mansor berkata, negeri yang menghantar borang penyertaan kedua terbanyak ialah Perak dengan jumlahnya mencecah 8,606 borang menerusi 1,044 peserta manakala Terengganu merupakan negeri ketiga dengan 4,980 borang dari 467 pembaca.

Iklan
Iklan

Sementara itu katanya, Negeri Sembilan menduduki tangga keempat terbanyak dalam rekod pengumpulan data peraduan apabila seramai 302 orang pembaca dari negeri terbabit menghantar sebanyak 4,825 borang penyertaan.

"Pulau Pinang direkodkan sebagai negeri kelima terbanyak dengan jumlah sebanyak 4,561 penyertaan yang dihantar oleh 269 pembaca sementara Melaka mempunyai 3,429 penyertaan dari 185 pembaca.

Iklan

"Seramai 845 pembaca dari Selangor turut menghantar penyertaan dengan 2,320 borang diterima dan warga Kuala Lumpur juga tidak mahu ketinggalan memenangi hadiah yang ditawarkan apabila sebanyak 1,956 penyertaan dari 264 penduduk direkodkan,” katanya pada Jumaat.

Asmaliza Mansor

Dalam pada itu katanya, terdapat sebanyak 1,827 penyertaan dari 728 pembaca di Kedah; Perlis (986 penyertaan dari 62 pembaca), Pahang (952 penyertaan dari 467 orang); Kelantan (919 penyertaan dari 526 pembaca) dan Putrajaya (124 penyertaan dari 18 pembaca).

Iklan

Katanya, Sinar Harian turut menerima banyak penyertaan menarik dan berinovasi bagi kategori penyertaan paling kreatif yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

"Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula sejak 5 Oktober dan berakhir pada 14 Disember lalu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

"Kami sudah melakukan beberapa proses tapisan dan saringan bagi mencari peserta yang menghantar borang penyertaan lengkap bersama kepala akhbar, jawapan tepat dan slogan paling kreatif lagi memikat.

"Bagaimanapun, proses pencarian pemenang menerusi fasa akhir iaitu sesi penjurian profesional sepatutnya berlangsung pada 13 Januari lalu terpaksa ditunda susulan situasi terkini penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0,” katanya.

Asmaliza berkata, tarikh baharu untuk fasa akhir penjurian dan ‘finale’ majlis pengumuman pemenang peraduan itu akan dimaklumkan dari masa ke masa dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.sinarharian.com.my serta semua platform media sosial Sinar Harian.