KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.