'Arwah pesan jaga amanah, silaturahim'

Iklan
Anggota keluarga Tun Salleh kelihatan sedih ketika menyaksikan pengebumian bekas Ketua Hakim Negara itu di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara hari ini. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas sempat meninggalkan pesanan agar anak-anak sentiasa menjaga silaturahim dan menjalankan amanah yang ditinggalkannya.

Menantunya, Wan Pauzi Wan Yahya berkata, Allahyarham turut berpesan agar ahli keluarga sentiasa mengingati perjuangan dan legasi yang ditinggalkannya.

Iklan
Iklan

"Arwah nak anak-anak dan cucu-cucunya ada semangat seperti beliau. Paling ditekankan, mereka nak semua orang beramah-tamah dan menjaga silaturahim serta tidak berbalah dengan sesiapa,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di sini.

Wan Pauzi Wan Yahya

Jenazah yang tiba jam 10 pagi, selamat dikebumikan kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.

Iklan

Mohamed Salleh yang berusia 91 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.20 pagi Sabtu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut Wan Pauzi, Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital itu sejak Khamis lalu kerana mempunyai masalah paru-paru dan tekanan darah tinggi.

Iklan
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd disahkan positif Covid-19 pada Khamis dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ serta berada dalam keadaan stabil.

Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih atas tiket Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada tahun 1999.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Salleh Abas meninggal dunia