Empat fasiliti Top Glove terkesan akibat Covid-19

Iklan
Top Glove sahkan empat fasilitinya terkesan akibat Covid-19.

SHAH ALAM - Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) mengenal pasti empat fasilitinya terkesan akibat Covid-19 iaitu di Port Dickson; Negeri Sembilan, Sungai Puloh dan Shah Alam; Selangor dan Kulim; Kedah.

Menurut laporan portal Malaysiakini, dalam kes fasiliti di Port Dickson, Top Glove berkata, semua pekerja telah diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 14 Januari 2021.

Iklan
Iklan

Menurut Top Glove, kakitangan di Sungai Puloh pula akan menjalani pemeriksaan besar-besaran pada Sabtu.

"Penyaringan kontak rapat kakitangan Top Glove di fasiliti di Kulim dan Shah Alam sedang dijalankan,” kata Top Glove.

Iklan

Top Glove berkata, syarikat akan menanggung semua kos yang berkaitan pekerja sama ada pekerja asing atau tempatan.

"Top Glove mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja. Syarikat terus menghasilkan sarung tangan perubatan berkualiti tinggi untuk melindungi pengamal perubatan dan petugas barisan hadapan di seluruh dunia.

Iklan

"Kami mematuhi langkah-langkah ketat untuk melindungi pekerja dan masyarakat,” katanya.

Top Glove dikenal pasti sebagai pencetus kluster Teratai Covid-19 yang telah muncul sebagai kelompok terbesar dengan 6,934 kes yang disahkan setakat Jumaat.

Top Glove mengesan jangkitan Covid-19 pertama pada 2 November tahun lepas selepas pekerjanya menjalani ujian pra-penerbangan wajib sebagai persiapan sebelum berlepas ke kampung halaman.

Susulan kes penularan yang meningkat secara mendadak, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan memerintah kilang pengeluar yang terjejas ditutup secara berperingkat Disember lalu.