LUMUT - Polis Manjung mengarahkan dua dua pusat hiburan di sekitar Sitiawan ditutup pada Sabtu selepas didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, melalui pemantauan polis bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) antara jam 10 malam hingga 12.01 tengah malam itu, seramai 11 individu berusia 25 hingga 30 tahun turut dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP.