PKP: KPM diminta perjelas langkah atasi masalah guru, murid

Iklan
gambar kecil: Nik Nazmi

SHAH ALAM - Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) diminta tampil memberikan penjelasan mengenai tindakan yang diambil bagi membantu guru, pelajar dan ibu bapa dalam isu berkaitan pendidikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat pelbagai masalah yang didapati timbul dalam sektor pendidikan yang bukan baharu dikenal pasti sejak pengenalan kembali PKP itu, malah sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada tahun lepas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa persoalan mengenai langkah yang dilakukan bagi mengatasi isu tersebut antaranya, bebanan tugasan guru dan risiko keciciran murid dalam pelajaran hanya dapat dijawab oleh pihak KPM.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita sekarang mempunyai dua kumpulan pelajar peperiksaan yang perlu dijaga; kelas SPM tahun 2020 (mereka belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia) dan pelajar tahun 2021.

Iklan

"Bebanan kerja guru akan bertambah dengan keadaan yang sedang kita hadapi pada hari ini. Mereka harus mengurus dan mengajar kelas peperiksaan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Selain daripada tugasan ini, mereka tetap perlu mengajar pelajar dalam talian bagi pelajar yang sedang berada di rumah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Iklan

Nik Nazmi berkata, masalah lain yang perlu diselesaikan oleh KPM adalah isu mengenai wujudnya risiko keciciran yang tinggi dalam kalangan murid ketika sekolah dibuka semula.

"Terdapat laporan pelajar sekolah menengah bukan peperiksaan kehilangan minat dan fokus pada pelajaran dalam talian. Apa yang Kementerian Pendidikan lakukan untuk membantu pelajar dan guru untuk masalah ini?

"Apa sistem sokongan yang disediakan untuk guru, pelajar dan ibu bapa untuk menghadapi PKP 2.0 dan darurat? Di manakah talian bantuan, pangkalan data untuk pelajaran dan penilaian? Di manakah platform untuk berkomunikasi dengan ibu bapa?

"Ini seharusnya dilakukan dalam beberapa minggu pertama pandemik pada tahun 2020,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta KPM untuk menjelaskan sama ada terdapatnya usaha yang dilakukan kerajaan untuk memanfaatkan sepenuhnya pusat tuisyen, tuisyen atas talian, tutor individu dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi ruang pembelajaran maya kepada kanak-kanak B40 yang mungkin tidak dapat belajar di rumah secara maya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan hanya pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan antarabangsa setara di negeri-negeri PKP dibenarkan hadir ke sekolah.

Katanya, bagi negeri PKPB dan PKPP, semua pelajar perlu hadir ke sekolah kecuali murid Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga negeri tersebut yang perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 8 Mac 2021.

ARTIKEL BERKAITAN Hanya pelajar kelas peperiksaan di negeri PKP hadir ke sekolah