Derma darah: Masyarakat perlu lebih terbuka

Iklan
Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman (dua, kanan) bersama Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong (tiga, kanan) di Program Sihat Selamat di Freeport A’Famosa Outlet, di sini.

ALOR GAJAH - Program Sihat Selamat anjuran Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Freeport A’Famosa Outlet, A’Famosa Resort, McDonald’s Taman Buaya dan Unit Tabung Darah Hospital Melaka (HM) menjadi medium menyedarkan masyarakat supaya lebih terbuka untuk menderma darah.

Bertemakan ‘Setitis Darah, Satu Harapan, Sejuta Senyuman’, aktiviti kempen derma darah yang dijalankan di Freeport A’Famosa Outlet itu telah diadakan sejak tahun 2017 lagi.

Iklan
Iklan

Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman berkata, pihaknya berharap menerusi program itu, ia dapat menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit.

Menurutnya, pemilihan lokasi di ‘outlet’ itu juga inisiatif dan peluang terbaik kepada pengunjung untuk menyertai program tersebut.

Iklan

"Peranan dimainkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan organisasi penting untuk menyampaikan mesej dengan jelas dalam usaha memberikan bantuan bekalan darah mencukupi.

"Kita juga bertindak mengenengahkan maklumat mengenai kesihatan supaya pihak terlibat sedar kepentingan derma darah,” katanya.

Iklan

Hadir sama, Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong, Penyelaras Parlimen Alor Gajah, Nazri Abu Kasim, dan Pengarah A’ Famosa Resort Sdn Bhd, Kenjoo Lau.

Jelasnya, program ini juga menjadi pendekatan kepada pihak penganjur mendekati masyarakat setempat.

"Selain derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Melaka (KPDNHEP) Melaka dan slot ‘Kenali Ubat Anda’ anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Melaka turut diadakan.

"Seperti program terdahulu, program kali ini telah mendapat respon positif,” katanya.

Program turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Melaka, Putra Spesialist Hospital, Menara Taming Sari, Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Melaka, Lions Club of Tanjung Bidara dan Farmasi Gemilang.

Menerusi aktiviti dijalankan sebanyak 100 beg darah berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada Unit Tabung Darah HM.