Maddison gesa pemain bola sepak patuhi protokol

Iklan
Penjaring gol kedua Leicester City, Harvey Barnes, meraikan jaringan dengan melagakan but bersama rakan sepasukannya

PEMAIN Leicester United, James Maddison menggesa kesemua pemain bola sepak untuk mematuhi segala protokol yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut Maddison, dia serius dengan gesaan itu apabila meraikan jaringan pembukaan skuad The Foxes itu ketika berdepan Southampton pada awal pagi Ahad, tanpa berpelukan dan bersalaman dengan rakan-rakan sepasukannya.

Iklan
Iklan

Malah, Maddison dilihat turut memberikan isyarat kepada rakan-rakan sepasukannya untuk menjauhkan diri dan tidak bersalaman dengannya.

"Seboleh mungkin, saya akan cuba mematuhi protokol penjarakkan sosial ini kerana jika perkara ‘sekecil’ ini adalah apa yang diperlukan untuk memastikan sukan bola sepak dapat terus diadakan, jadi ia perlulah dilaksanakan.

Iklan

"Kami sebagai pemain bola sepak sering menerima kecaman dalam perkara ini, tetapi saya juga tidak fikir ada pihak yang mahu melihat sukan bola sepak dihentikan.

"Saya juga menghargagi kehadiran Gareth Southage (pengendali skuad kebangsaan England), tetapi saya harap dia juga dapat mematuhi protokol dengan memakai pelitup muka,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, Madison menjaringkan gol pertama Leicester pada minit ke-37 manakala Harvey Barnes melengkapkan kemenangan menerusi gol kedua pada masa kecederaan.

Maddison

Kemenangan itu menyaksikan The Foxes berada pada kedudukan kedua buat seketika dengan 35 mata hasil 11 kemenangan, seri dua kali dan tewas lima kali daripada 18 perlawanan.

Sementara itu pengendali Leicester City, Brendan Rodgers memuji sikap serta tindakan Maddison dan berharap ia menjadi ikutan selepas ini.

Selain gembira dengan keputusan perlawanan, Rodgers turut berharap agar tindakan sedemikian dapat meningkatkan lagi mood dan sekali gus menarik perhatian mererka terhadap sukan bola sepak

"Kami seboleh-bolehnya mahu menjadikan sukan bola sepak ini berterusan kerana ia memberikan kegembiraan kepada semua orang.

"Maddison telah menunjukkan contoh yang baik; di mana jaringan gol masih boleh diraikan, cuma kali ini ia dilakukan dengan cara yang berbeza,” katanya.