Ahmad Zahid hargai langkah Grab kurangkan komisen siling peniaga

Iklan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan penghargaannya kepada syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia kerana mengurangkan komisen siling sehingga lima peratus kepada peniaga.

Katanya, bantuan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 hingga 26 Januari ini.

Iklan
Iklan

"Semoga syarikat Grab terus maju jaya dalam perniagaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, Grab Malaysia menyatakan akan mengurangkan lagi had komisen sebanyak lima peratus untuk semua rakan peniaga Food dan Mart di seluruh negara mulai 13 Januari hingga 10 Februari 2021.

Iklan

Pengurus Urusannya, Sean Goh berkata, Grab Malaysia komited untuk terus melindungi pendapatan ekosistem rakan kongsi, pemandu, penghantar, peniaga dan masyarakat.

Katanya, seiring dengan penambahbaikan platform Grab, pihaknya ingin terus menyokong rakan peniaga untuk berkembang.

Iklan

Ahmad Zahid turut berharap syarikat e-hailing di negara ini membuat pertimbangan bagi membantu pemandu mereka.

"Semalam, saya ada suarakan kegelisahan pemandu e-hailing yang terbeban dengan komisen 20 peratus ketika PKP pada kali ini.

"Saya harapkan pertimbangan dapat dibuat syarikat bagi membantu kira-kira 100,000 pemandu di seluruh negara,” katanya.