SEREMBAN - Tiga remaja yang disyaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di jalan raya di Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) berhampiran Senawang di sini ditahan pada Ahad.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aktiviti tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun itu dikesan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman ketika menjalankan Op Samseng Jalanan pada jam 1.40 pagi.