KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua penduduk yang terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini berlaku.
"Mangsa banjir perlu mendengar nasihat pihak berkuasa. Apa yang paling penting semua mangsa banjir juga perlu mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di PPS agar tiada penularan Covid-19 berlaku di situ.