KUALA TERENGGANU - Status mengenai kematian yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd mengundang tanda tanya.
Status itu dilihat berada di akaun Facebook pemuda berusia 31 tahun itu pada 14 November 2018 menimbulkan persoalan.
Iklan
Iklan
Status berkenaan mengundang simpati orang ramai dan kebanyakan netizen mendoakan supaya usaha mencari pemuda itu dipermudahkan.
Abdul Bari menulis"yang aku takut, jika ajal yang tiba dulu. #Soal jodoh, siapa kita rahsia ALLAH. #Cepat atau lambat jee" selepas berkongsi satu hantaran Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Hajat selamatkan mangsa kemalangan, tapi...
Abdul Bari yang berasal dari Kampung Panji, disini, dikhuatiri lemas selepas gagal naik ke darat sebaik menyelamatkan empat mangsa di dalam kenderaan pacuan empat roda yang tenggelam di Pulau Warisan, malam tadi.
Selain Abdul Bari, empat lagi lelaki turut membantu menyelamatkan mangsa, namun, kesemua mereka berjaya berenang ke tebing sungai.