CBP dinobat koperasi terbaik negara 2020

Iklan
Mohd Nor Abd Razak

KUALA LUMPUR - Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak berkata, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berdasarkan kecemerlangan dalam urus tadbir dan peningkatan prestasi yang direkodkan institusi kewangan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Profil 100 Koperasi Terbaik anjuran SKM baru-baru ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik CBP sebelum ini adalah menduduki tempat ketiga pada tahun 2018.

Iklan

"Sebagai co-opbank syariah terunggul di Malaysia dan kami akan terus komited bagi menjadikan CBP sebagai suatu jenama korporat yang

dikenali dan diterima ramai.

Iklan

"Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan CBP berada pada landasan yang tepat dalam memantapkan efisiensi menerusi urus tadbir yang cekap dan sistematik.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), anggota lembaga pengarah, anggota CBP serta warga kerja CBP di atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, transformasi budaya kerja kakitangan CBP turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian ini.

"Perubahan terhadap budaya kerja yang menitikberatkan semangat kecemerlangan dan semangat bekerja dalam pasukan juga menjadi penyumbang kepada pencapaian ini.

"Konsep ini selaras dengan pegangan gagasan koperasi yang bergerak seramai mungkin secara bersama-sama bagi membolehkan pembaharuan dan kecemerlangan berlaku,” katanya.

Kata Mohd Nor, bagi menghadapi cabaran perniagaan 2021, CBP akan berusaha dengan lebih sistematik bagi memastikan kelestarian prestasi CBP dapat diteruskan.

"Selain itu, CBP juga menumpukan usaha dengan lebih agresif untuk meningkatkan perniagaan produk Ar-Rahnu dengan membuka lebih banyak cawangan bagi menarik lebih ramai pelanggan berpotensi,” katanya.

CBP juga mensasarkan pembukaan lebih daripada 20 cawangan Ar Rahnu bagi tempoh dua tahun sehingga 2022.

CBP sebelum ini dikenali sebagai Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd, kini menjadi antara institusi kewangan berdaya saing dalam memberi pelbagai perkhidmatan serta produk pembiayaan kepada orang ramai.

Kini CBP mempunyai 28 cawangan dengan keahlian seramai 91,500 orang di seluruh negara yang menawarkan produk-produk kewangan dan pembiayaan kepada orang ramai, sektor korporat dan koperasi.