SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif wabak berkenaan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Noh menerusi kemaskini di laman Facebook beliau, pada Isnin.
Noh berkata, mereka sekeluarga perlu menjalani saringan berkenaan memandangkan menantunya itu menetap serumah dengannya.
"Assalamualaikum, tanpa diduga Hisham menantu saya positif Covid-19.
Iklan
"Kami tinggal serumah, pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian saringan," katanya.
Dalam pada itu, Noh memohon semua pihak mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Iklan
"Semoga sahabat-sahabat dapat mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan," katanya.