Tiga askar Syria terbunuh dekat sempadan Israel

Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah kereta kebal Israel mengawal Bukit Golan yang bersempadan dengan Syria. - Foto AFP

BEIRUT - Tigas askar Syria terbunuh pada Ahad selepas beberapa lelaki bersenjata menyerang mereka dekat Bukit Golan iaitu sempadan negara itu dengan Israel, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia Syria.

Para penyerang itu menyasarkan satu sekatan jalan raya yang dilakukan pihak tentera di daerah Rouaihaniya, wilayah Quneitra, selatan Syria dan meletupkan sebutir bom sebelum melakukan serangan dengan menggunakan senjata api, kata ketua pertubuhan tersebut, Rami Abdul Rahman kepada AFP.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, akhbar pro-rejim, Al-Watan yang memetik sumber-sumber perubatan sebagai berkata bahawa dua askar terbunuh dan seorang lagi cedera.

Akhbar itu menganggap serangan itu dilakukan oleh sebuah kumpulan pengganas ke atas anggota-anggota tentera di satu sekatan jalan raya.

Iklan

Perang di Syria telah menyebabkan lebih 380,000 orang terbunuh dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal sejak ia berlaku pada tahun 2011 selepas tindakan kerajaan membendung protes antikerajaan.

Wilayah selatan Syria ditawan semula oleh pihak tentera yang menyokong Presiden negara itu, Bashar al-Assad pada tahun 2018 tetapi beberapa serangan kerap dilancarkan bagi menentang kedudukan kerajaan.

Iklan

Serangan itu kerap dilakukan oleh pemberontak-pemberontak anti-Bashar.

Beberapa kumpulan bersenjata itu pernah mendapat sokongan dari negara jiran Syria iaitu Israel, kata beberapa pakar.

Israel sebelum ini telah melancarkan ratusan serangan udara dan peluru berpandu ke atas Syria dengan sasaran untuk menghalang militia pro-Iran daripada bertapak di Syria. - AFP