Lebih 95 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia

Iklan
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia melebihi 95 juta, manakala angka kematian melebihi dua juta

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia melebihi 95 juta, manakala angka kematian melebihi dua juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.

Setakat pagi Isnin terdapat 95,003,533 kes disahkan, angka kematian pula berjumlah 2,029,938 manakala jumlah individu pulih seramai 52,269,644, lapor Agensi Berita Sputnik.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal tiga negara teratas daripada segi jumlah kes Covid-19 dan Rusia menduduki tempat keempat.

AS mencatatkan kes dan kematian Covid-19 tertinggi dengan masing-masing berjumlah 23,928,643 dan 397,500. - Bernama

Iklan
Iklan