MOSCOW - Dua lagi vaksin Covid-19 dihasilkan AstraZeneca/ Universiti Oxford dan Johnson & Johnson, mungkin diluluskan untuk penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) dalam"beberapa minggu lagi", lapor Agensi Berita Sputnik.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara Anthony Fauci menjangkakan dalam seminggu atau beberapa minggu data akan dapat dikumpulkan dan diserahkan kepada FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan).