GAZA CITY - Jet pejuang Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada Isnin pagi, susulan dua roket yang dilancarkan Hamas, lapor Agensi Anadolu.
Serangan menyasarkan terowong milik kumpulan Hamas, kata jurucakap tentera Avichay Adraee di Facebook.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap"dua roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza yang menyasarkan kawasan pantai berhampiran kota Ashdod."
Menurut wartawan Anadolu, dron dan pesawat perang Israel mengebom dua lokasi yang terletak di timur kota Rafah dan Khan Yunis.
Tiada kecederaan dilaporkan. - Bernama