Maut motosikal ditunggang langgar lembu

Iklan
Kemalangan di Jalan Bahau-Kemayan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal pada Isnin. Gambar kecil: Supt Hoo Chang Hook

JEMPOL - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu dalam kejadian di Jalan Bahau-Kemayan pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol,Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira 3.45 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Lui Muda menghala ke Sungai Lui di sini.

Iklan
Iklan

"Semasa melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar seekor lembu menyebabkan motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kanan jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Jempol yang tiba ke lokasi kejadian," katanya di sini pada Isnin,.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Menurutnya, kemalangan itu juga menyebabkan lembu yang dilanggar itu mati.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.