Kereta terbakar dalam perjalanan pulang dari hospital

Iklan
Perodua Kancil milik mangsa musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Rasah, Seremban pada petang Isnin. - Foto ihsan bomba

SEREMBAN - Dugaan buat seorang penjawat awam apabila kereta Perodua Kancil dipandunya musnah dalam kebakaran di Jalan Rasah ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada Isnin.

Mangsa, Hairulzaman Jaman, 45, yang merupakan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 7.12 malam itu.

Iklan
Iklan

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, mangsa difahamkan baru sahaja keluar dari hospital berkenaan selepas bertukar giliran dengan isterinya bagi menjaga anak yang ditahan di wad.

Perodua Kancil milik mangsa musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Rasah, Seremban pada petang Isnin.- Foto ihsan bomba

"Sampai sahaja di persimpangan lampu isyarat, mangsa tiba-tiba terhidu bau hangit dari ruang alat pendingin hawa kereta lalu bertindak pantas memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

Iklan

"Bagaimanapun api marak dengan cepat dan mangsa cuba mendapatkan bantuan orang ramai untuk memadam api, malangnya tidak berjaya," katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima maklumat kejadian bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Seremban.

Iklan

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam api sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 7.47 malam.

"Kereta mangsa musnah seratus peratus, namun punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.