Covid-19 menular dalam kalangan pemain, staf kelab EPL

Iklan

JANGKITAN Covid-19 dalam kalangan pemain dan staf dalam kelab yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin menular susulan 16 kes positif baharu yang dikesan hasil daripada ujian saringan yang dijalankan baru-baru ini.

Kes terbaharu tersebut dikesan selepas terdapat 20 kes positif yang dikesan pada minggu sebelumnya dan ia menjadikan kes keseluruhan dalam tempoh dua minggu adalah sebanyak 36 kes.

Iklan
Iklan

Ujian pertama dijalankan di antara 4 dan 10 Januari lalu dengan sebanyak 2,593 sampel diambil disusuli dengan ujian kedua di antara 11 dan 17 Januari lalu dengan sebanyak 3,115 sampel yang diambil.

Menurut laporan dipetik media antarabangsa, peratusan jangkitan itu bagaimanapun menurun kepada 0.5 peratus berbanding 1.39 peratus dalam ujian saringan minggu pertama Januari.

Iklan

Pihak EPL juga memberikan panduan kepada semua kelab yang bersaing dengan mengingatkan mereka agar mengelakkan 'kontak yang tidak sepatutnya' seperti 'bersalaman, bertepuk-tampar dan berpelukan" susulan kritikan kerajaan mengenai cara mereka meraikan jaringan.

Dalam pada itu, pihak EPL juga mengumumkan jadual perlawanan Aston Villa menentang Tottenham dan Everton tepaksa ditunda berikutan kes positif Covid-19 dalam pasukan itu minggu lalu yang turut memaksa mereka menutup Pusat Latihan Bodymoor Health.

Iklan

Perlawanan antara Leeds United dan Southampton pada malam esok juga terpaksa ditunda ekoran pertindihan jadual dalam pusingan ketiga Piala FA disebabkan pertukaran jadual perlawanan Southampton menentang Shrewsbury Town yang terpaksa dijadualkan gara-gara jangkitan koronavirus dalam kelab Liga Satu itu, dengan pengurusnya, Steve Cotterill, masih berada di hospital.