Sedar akan situasi kehidupan orang ramai kian terhimpit dek pandemik COVID-19, seorang pengusaha restoran makanan di Jalan Ooi Kar Seng di sini mengambil inisiatif dengan menawarkan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan.
Pemilik Restoran Big Boss Banana Leaf, M Moganasundram, 37, (tiga, kiri) memberi makanan percuma berbentuk 100 bungkus nasi berlauk setiap hari sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).