19.2 tan biji kopi Arabica dari Kenya dirampas

Iklan
19.2 tan biji kopi hijau Arabica dari Kenya yang dirampas Maqis Pulau Pinang pada Ahad. Gambar kecil: Kesemua biji kopi hijau Arabica tersebut didapati tidak mematuhi syarat permit import dan dirampas Maqis Pulau Pinang pada Ahad.

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menyita sebanyak 19.2 tan biji kopi hijau Arabica bernilai RM517,700 di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada Ahad.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat ketika pemeriksaan rutin pada jam 4.45 petang di terminal tersebut.

Iklan
Iklan

Hasil pemeriksaan, katanya, pihaknya menjumpai 640 guni biji kopi yang dibawa di dalam sebuah kontena dari Kenya.

"Pemeriksaan butiran penghantaran itu mendapati ia tidak mematuhi syarat permit import.

Iklan

"Semua biji kopi yang dianggarkan bernilai RM517,700 itu disiasat kerana kesalahan ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Iklan

"Ia juga memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Tambah beliau, Maqis sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.