Palestin enggan hadiri sidang anjuran AS di Poland

Iklan
Setiausaha Agung PLO, Saeb Erekat. - Foto AFP

RAMALLAH - PALESTIN. Palestin dilaporkan enggan menghadiri persidangan berkaitan Timur Tengah anjuran Amerika Syarikat (AS) yang dihoskan Poland minggu depan.

"Berhubung kenyataan bahawa kami menerima jemputan, baru hari ini (semalam) terdapat komunikasi dari pihak Poland.

Iklan
Iklan

"Kami tidak akan menghadiri persidangan terbabit dan turut menegaskan tidak memberi mandat kepada sesiapa untuk bercakap bagi pihak Palestin," tulis ketua perunding Palestin, Saeb Erekat yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), di laman Twitter.

Seorang pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh turut menolak jemputan berkenaan dan menegaskan hanya PLO berhak bercakap bagi pihak Palestin.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Luar Palestin berkata, persidangan anjuran AS-Poland itu bertujuan mempengaruhi peserta untuk menyebelahi pandangan AS berhubung isu Timur Tengah, terutama isu Palestin.

Kenyataan kementerian terbabit turut menegaskan Palestin menolak sebarang kesimpulan persidangan berkenaan dan mengecam Presiden Donald Trump kerana memuji pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam satu ucapan rasmi, Selasa lalu.

Iklan

Terdahulu,pegawai AS memaklumkan Palestin menerima jemputan ke persidangan antarabangsa di Warsaw pada 13 dan 14 Februari bagi membincangkan kestabilan, kedamaian, kebebasan dan keselamatan di Timur Tengah. - Press TV