Siasatan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu bermula

Iklan
Keadaan terkini kemusnahan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari yang masih dipenuhi sisa pokok dan kayu. Gambar kecil: Pengarah JAS Perak, Rosli Zul.

MANJUNG - Kerja penilaian dan siasatan mula dijalankan terhadap kemusnahan alam sekitar di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di sini yang berpunca daripada pembangunan projek kuari.

Siasatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Iklan
Iklan

Sejak isu berkenaan mendapat pendedahan meluas media pada Ahad lepas, kerajaan negeri mengarahkan kedua-dua jabatan itu menggerakkan kerja-kerja pemantauan dan penilaian segera.

Sekumpulan pegawai Jabatan Perhutanan dan JAS turun padang bagi meninjau kemusnahan berlaku termasuk menyiasat aspek pelanggaran syarat lesen dan spesifikasi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Iklan

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, penilaian mendapati, berlaku pelanggaran syarat EIA apabila syarikat terlibat tidak menyediakan sistem kawalan sewajarnya.

Menurutnya, pelaksanaan projek kuari di situ tidak mematuhi dan tidak memenuhi komitmen dibuat pemaju seperti termaktub dalam syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan pada 2017 lalu.

Air Terjun Tanjung Batu musnah

Iklan

Kerja pembersihan Air Terjun Tanjung Batu dilakukan segera

Hukuman berat kepada penjenayah alam sekitar

Beliau berkata, JAS telah mengambil tindakan di atas pelanggaran syarat-syarat berkenaan kepada syarikat terlibat di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, JAS juga mengeluarkan notis arahan agar syarikat mengambil langkah penambah baikan dan kerja baik pulih terutama pembersihan di kawasan air terjun serta tapak kuari itu sendiri

"Kerja baik pulih ini perlu dilakukan segera kerana dibimbangi memberi kesan terhadap kualiti air sungai, namun dalam hal ini syarikat perlu mempunyai 'kompeten person' atau individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk pemantauan.

"Buat masa ini, siasatan masih dijalankan dan sebaik siasatan sudah dilengkapkan, sudah tentulah kesalahan-kesalahan ini kita akan bawa ke tindakan perundangan," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Selasa mendapati kerja-kerja pembersihan awal telah dilakukan di kawasan yang terjejas sekitar 10 peratus.