Gempa bumi gegar laut Banda, Indonesia

Iklan
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter dilaporkan menggegar Laut Banda, Indonesia, pada 1.01 tengah hari waktu Malaysia, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter dilaporkan menggegar Laut Banda, Indonesia, pada 1.01 tengah hari waktu Malaysia, pada Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa itu dikesan pada kedudukan 358 kilometer (km) timur laut dari Kupang, Indonesia dengan kedalaman 425km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama