PUTRAJAYA - Majikan yang menanggung kos saringan Covid-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Individu juga boleh mendapat pengecualian cukai bagi kos saringan,” katanya pada taklimat media mengenai pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) di sini pada Selasa.