Tajuddin positif Covid-19

Iklan
Kenyataan mengenai Tajuddin disahkan positif Covid-19 pada Rabu yang dikongsikan melalui Facebook Dato Sri Tajuddin Rahman.

IPOH - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada Selasa dan disahkan positif pada Rabu.

Iklan
Iklan

Justeru, pihaknya meminta mereka yang mempunyai kontak rapat melakukan saringan dengan kadar segera.

"Datuk Seri Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau," kongsi kenyataan itu.

Iklan
Iklan