SHAH ALAM - Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 dibuka semula mulai hari ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya berkata, waktu operasi talian itu bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
Iklan
Iklan
"Selain menghubungi talian hotline BPR, sebagai alternatif dalam mendapatkan penjelasan berkenaan BPR, orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/
"Orang ramai juga boleh menggunakan pautan pantas seperti pendaftaran MyBPR https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf dan juga permohonan baru dan kemaskini https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf,” menurut kenyataan itu pada Rabu.