Kereta kebal Israel lepaskan bedil ke arah Hamas

Iklan
Sebuah kereta kebal tentera Israel berada di sempadan negara itu dengan Genting Gaza, Palestin. - Gambar fail AFP

BAITULMUQADDIS - Kereta-kereta kebal Israel melepaskan bedilan ke arah kedudukan Hamas pada malam Selasa setelah sebuah roket dilancarkan dari wilayah Palestin ke arah negara Yahudi itu, kata tentera rejim Zionis.

"Lewat malam, sebuah roket dilancarkan dari Genting Gaza ke wilayah Israel. Sebagai tindak balas, kereta kebal Israel menyerang kedudukan Hamas (di selatan Genting Gaza)," kata tentera Yahudi.

Iklan
Iklan

Tentera rejim Zionis itu menyatakan siren amaran tidak diaktifkan sekali gus menunjukkan roket itu jatuh di sebuah kawasan yang terbuka.

Setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian ekoran kejadian itu.

Iklan

Ia merupakan serangan roket yang kedua dalam tempoh beberapa hari.

Awal Isnin lalu, para pejuang di Genting Gaza melancarkan dua roket ke arah bandar Ashdod di tepi pantai.

Iklan

Namun, sumber ketenteraan Israel menyatakan roket itu jatuh ke dalam Laut Mediterranean.

Selepas dua roket itu dilancarkan, jet-jet pejuang Israel menyerang kemudahan Hamas di selatan

Gaza. - AFP