PdPR beri cabaran kepada ibu bapa

Iklan
Muhammad Azmir Selamat

SHAH ALAM - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberi cabaran kepada ibu bapa kerana bukan sahaja perlu terus mencari rezeki bahkan memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran sepenuhnya.

Penyampai radio dan pengacara televisyen (TV), Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG berkata, dalam era pandemik Covid-19 ketika ini, hakikatnya tugas ibu bapa lebih mencabar.

Iklan
Iklan

"Bayangkan ibu bapa yang bekerja, tuntutan harian mereka perlu menyediakan makanan di atas meja. Keluar pagi balik petang, kadang-kadang balik malam.

"Ketika mereka keluar bekerja atau ketika mereka bekerja di rumah, ketika itulah anak-anak memerlukan gajet untuk belajar. Di situ saya percaya akan timbul satu lagi masalah bukan sahaja dari segi fokus anak-anak, internet tetapi juga dari segi perkongsian waktu," katanya.

Iklan

AG berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar Edisi Ke-226 bertajuk Setahun tertinggal sekolah: Apa nasib anak kita? yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Dua lagi panelis yang membincangkan isu itu adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif GAINS Education Group, Datin Zaliza Alias dan manakala Personaliti TV, Herleena Pahlavy bertindak sebagai moderator.

Iklan

AG yang juga bapa kepada lima anak yang bersekolah berkata, menerusi PdPR, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

"Misalnya kelas pertama bermula jam 7.30 pagi, waktu itu ibu bapa perlu pastikan anak-anak berada di hadapan gajet. Disiplin kena tekankan.

"Ibu bapa perlu berkorban sebagaimana guru. Kita mungkin ingat guru mudah mainkan peranan di sekolah tetapi sebenarnya tidak.

"Guru mainkan peranan besar sampai ada yang tak tidur malam untuk menyiapkan perincian. Sebab saya ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jadi saya faham kedua-dua belah," katanya.