Majikan tidak mohon pengakuan penginapan JTK

Iklan
Keadaan penginapan pekerja asing yang diperiksa dalam operasi membabitkan dua premis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Isnin.

PUTRAJAYA - Dua premis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang menyediakan penginapan kepada pekerja asing didapati tiada sebarang perakuan penginapan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan berkata, majikan terbabit tidak membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam operasi yang dijalankan pasukan Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 dan disertai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Isnin lalu turut mendapati beberapa kesalahan lain di bawah Akta 446 yang dilakukan premis perniagaan tersebut.

"Kertas siasatan telah dibuka bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas kedua-dua premis tersebut," katanya.

Iklan

TFSKC-19 ditubuhkan KSM terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Terdahulu, kerajaan mewajibkan majikan membuat Perakuan Penginapan bagi mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446.

Iklan

Setakat 31 Oktober 2020, kerajaan menerima permohonan Perakuan Penginapan membabitkan hanya 143,587 atau 8.89 peratus daripada 1.6 juta pekerja asing di negara ini.

Ia jelas menunjukkan bahawa majikan dan penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan kepada 1.4 juta pekerja asing di Malaysia masih gagal memohon perakuan itu daripada JTKSM.