Tok Pa ajak rakan politik akur titah Agong

Iklan
Mustapa Mohamed

KOTA BHARU - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed meminta semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang akur dengan pengisytiharan darurat.

Mustapa yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada hari kesebelas akibat Covid-19 berharap sahabat dalam politik mengurangkan politiking.

Iklan
Iklan

"Kepada sahabat-sahabat dalam politik, sama ada kerajaan atau pembangkang, kurangkanlah politiking, kurangkanlah suhu politik.

"Patuh dan akurlah dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) bagi menyelamatkan nyawa serta kehidupan kita semua,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada 12 Januari lalu, Al-Sultan Abdullah memperkenan proklamasi darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Bagaimanapun dua hari selepas itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Pada Selasa, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz memaklumkan yang keputusan proklamasi darurat tidak boleh dicabar atau dipertikaikan oleh sesiapa pun dalam mana-mana mahkamah.

Perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 150 (Fasal 8) Perlembagaan Persekutuan.