Kemuka keputusan saringan bebas Covid-19 sebelum masuk Pasar Borong KL

Iklan
Arahan pematuhan SOP Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikeluarkan oleh DBKL pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Pihak yang berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki mengemukakan salinan keputusan saringan bebas Covid-19 berkuat kuasa Jumaat ini (22 Januari).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, keputusan ujian tersebut mestilah saringan terkini yang tempoh sah adalah dua minggu dari tarikh pemeriksaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan saringan juga mestilah dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semua individu yang ingin berurusan dalam Pasar Borong juga perlu melepasi pemeriksaan suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celcius dan mendaftar diri dalam sistem MySejahtera di bahagian pintu masuk.

Iklan

"Mereka juga perlu mengemukakan pas pelesen dan pekerja pasar borong termasuk IIUM, Konsortium Pasar Borong, High Kuan dan FFCT," katanya dalam satu kenyataan berhubung arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pasar Borong Kuala Lumpur pada Rabu.

Katanya, pekerja dan pengunjung diingatkan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakkan fizikal satu meter, penggunaan cecair pembasmi kuman.

Iklan

"Individu yang gagal mematuhi arahan tersebut tidak akan dibenarkan masuk dan berurusan dalam Pasar Borong Kuala Lumpur," katanya.

Terdahulu, The Star melaporkan seramai 118 pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 melibatkan 31 pekerja di bahagian sayur dan 87 lagi di bahagian ikan.

Ia berdasarkan keputusan hasil ujian calitan Covid-19 RT-PCR kepada pekerja yang dikeluarkan makmal swasta yang dilantik.