Ditahan selepas sembilan jam samun lelaki Bangladesh

Iklan
Basikal dan talifon milik mangsa yang turut ditemui bersama suspek.- Foto ihsan Polis Klang Utara

KLANG - Tiga lelaki ditahan polis kurang dari sembilan jam selepas melakukan jenayah samun terhadap dua lelaki warga Bangladesh di Jalan Kenangan Meru Tambahan berhampiran tanah perkuburan Cina sekitar jam 5 petang semalam.

Mereka berusia 18 hingga 44 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, selain disamun mangsa juga ditumbuk pada bahagian badan dan tangan.

Menurutnya, dalam kejadian itu penjenayah melarikan dua basikal, wang tunai RM225 dan telefon bimbit mangsa.

Iklan

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan polis, pada jam 1.30 pagi tadi polis melakukan serbuan di alamat Jalan Abadi 5, Taman Daya Meru dan menahan susupek berusia 40 tahun.

"Selang 10 minit kemudian polis menahan dua lagi suspek berusia 18 dan 44 tahun di Jalan Kenangan Off Jalan Meru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Nurulhuda berkata, polis menemui barang kes dua buah basikal dan talefon bimbit yang disorok suspek berusia 18 tahun itu.

"Dan semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempuyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan, jenayah gaduh, samun bersenjata serta curi motosikal dan dadah.

"Ketiga-tiga saspek direman selama empat hari,” katanya lagi.