Jangan kalut, SPRM belum panggil Husam

Iklan
Sayuti

KOTA BHARU - Tidak perlu prejudis dengan dakwaan Senator Datuk Husam Musa tidak hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedangkan beliau masih belum dipanggil badan berautoriti itu.

Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, semua pihak perlu rasional dengan perkara tersebut memandangkan SPRM masih belum membuat keputusan untuk memanggil beliau.

Iklan
Iklan

"Semua pihak patut sabar dan tunggu langkah SPRM seterusnya. Husam hanya dipanggil jika perlu.

"Dalam kes ini beliau bukan orang yang melaporkan, cuma orang yang mungkin mahu penjelasan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Menurutnya, desakan supaya Husam disiasat tidak munasabah dan masuk akal kerana Husam bukanlah suspek dalam kes tersebut, malah semua pihak perlu lebih peka dan tahu dengan prosedur yang dilakukan pihak SPRM.

Sayuti

Iklan

Sayuti berkata, jika benar Husam akan dipanggil, mustahil pemimpin itu tidak menghadirkan diri kerana semua orang tahu Husam adalah seorang yang sangat patuh pada undang-undang.

"Lagipun dia perlu bertanggungjawab dengan kenyataan berkaitan isu itu. Dalam konteks ini, bukan untuk menganiaya sesiapa tetapi demi mencari keadilan.

"Sama juga dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, tidak pelik kalau dia hadir sebab itu arahan SPRM. Sesiapapun diminta berbuat demikian iaitu wajib hadir, kerana jika tidak hadir dianggap enggan bekerjasama dan boleh menimbulkan pelbagai pertanyaan," katanya.

Jelasnya, kehadiran itu secara tidak langsung menunjukkan Nik Abduh bertanggungjawab terhadap kenyataan sebelum ini sehingga dipanggil SPRM.

"Ia juga menunjukkan kes itu dapat di selesai dengan baik,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya belum dipanggil SPRM: Husam

Terdahulu, Husam dikatakan gagal hadir ke pejabat SPRM untuk isu berkaitan dana RM90 juta yang diterima Pas.

Namun Husam berkata, tiada panggilan yang diterima untuk hadir ke SPRM.

"Pegawai saya ada hubungi SPRM Putrajaya dan dimaklumkan tiada keperluan untuk saya hadir.

"Saya bersedia memberi sebarang kerjasama terhadap isu ini," katanya.