PENGELUAR makanan berasaskan mi segera jenama VIT’S memenuhi piawaian halal dan selamat dimakan.
Menjelaskan isu yang tular di media sosial baru-baru ini, Pengarah Pembangunan VIT’S, YT Lai berkata, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1975 itu memiliki perakuan sijil Halal Malaysia sejak tahun 1980-an.
Beliau memberi jaminan, produk VIT’S yang berada di pasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan.
"Pengguna boleh terus menggunakan produk kami tanpa ragu-ragu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, premis VIT’S dilawati oleh pegawai Unit Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala pada September tahun lepas.
"Pemeriksa telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan seperti peralatan tidak disimpan, kelalaian pekerja, mesin tidak digunakan tidak bertutup, dijumpai putung rokok di kawasan bukan untuk merokok serta seorang pekerja berkuku panjang.