KUALA LUMPUR - Dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dan meningkatkan keselamatan siber bagi mewujudkan ekosistem yang dipercayai untuk e-dagang ASEAN, Malaysia mengesahkan sokongannya dalam melaksanakan inisiatif di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Data Digital ASEAN.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain rangka kerja itu, Malaysia juga akan terus menyokong Forum Perlindungan dan Privasi Data ASEAN dan pembangunan Klausa Kontrak Model ASEAN.
Iklan
Iklan
"Malaysia juga komited mempromosikan pembangunan program pensijilan keselamatan siber profesional untuk ASEAN dalam membantu mewujudkan kakitangan keselamatan siber bertaraf dunia.
"CyberSecurity Malaysia (CSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia menubuhkan skim pensijilan profesional keselamatan siber tempatan dikenali sebagai Global ACE (Skim Pendidikan Keselamatan Siber Akreditasi Global) yang ingin ditawarkan Malaysia kepada negara anggota ASEAN.
Saifuddin berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN yang pertama melalui telesidang pada Khamis.
AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan