RM270,000 bantu pengusaha bot, pemandu pelancong terjejas Covid-19

Iklan
Mohd Sharkar (kanan) mengiringi Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima di Wisma Sri Pahang, Kuantan pada Rabu.

KUANTAN - Kerajaan Pahang melalui Tourism Pahang memperuntukkan RM270,000 sebagai sumbangan bagi membantu pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sumbangan itu bukti keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan terbabit yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerima sumbangan tersebut membabitkan Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Pahang, Persatuan Pengusaha Bot Taman Negara, dan Persatuan Bot Pelancong Pulau Tioman.

"Seramai 450 penerima untuk sumbangan ini membabitkan 254 pemandu pelancong dan 196 pengusaha bot," katanya melalui kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Mohd Sharkar berkata, kerajaan negeri turut menyumbang RM5,000 bagi membantu seorang pemandu pelancong Taman Negara, Zulkifli Daud yang rumahnya terlibat musibah kebakaran.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana cakna dengan nasib pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19," katanya.

Iklan

Terdahulu, Wan Rosdy menyampaikan sumbangan itu di Wisma Sri Pahang, di sini pada Rabu.