Suasana di Pasar Borong Kuala Lumpur kelihatan sunyi berikutan penutupan sementara bagi proses sanitasi ketika tinjauan, hari ini.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketatkan urusan kemasukan individu berkaitan ke Pasar Borong Kuala Lumpur bermula Jumaat ini, dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Menurut kenyataan DBKL, individu seperti pemilik kedai, pekerja dan pemborong perlu mengemukakan salinan keputusan saringan COVID-19 yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dengan tarikh tidak lebih dua minggu sebelum dibenarkan masuk.- Foto Bernama
Pasar Di Tutup Sementara
Iklan