Pelakon Aeril Zafrel, pengurus positif Covid-19

Iklan
Aeril menjalani ujian calitan Covid-19 dan disahkan positif. - Foto Instagram Aeril Zafrel

SHAH ALAM - Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel disahkan positif Covid-19 setelah menerima ujian calitan pada Rabu.

Menerusi satu perkongsian entri di Instagram pada Khamis, dia menerima keputusan tersebut selepas menjalani ujian calitan di klinik swasta bersama pengurusnya yang dilaporkan tidak sihat sejak beberapa hari.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Aeril telah menziarah pengurusnya yang mengalami demam pada Isnin dan keesokan hari, mereka telah pergi ke klinik untuk melakukan ujian calitan yang akhirnya disahkan positif pada Rabu malam.

Bagaimanapun menurut kenyataan di Instagram, keluarga dan kakitangan disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian RTK dan masih menunggu ujian PCR yang diharapkan keputusan itu juga negatif.

Iklan

Katanya, dia kini sedang melakukan kuarantin kendiri secara berasingan di rumah dan mengharapkan doa daripada orang ramai agar dirinya cepat sembuh.

Iklan