Pembantu perubatan maut jatuh tingkat 3 bangunan hospital

Iklan
Kesan darah dapat dilihat di lokasi kejadian.

IPOH - Seorang pembantu perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan hospital pada Rabu.

Mangsa lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan muka di tempat parkir motosikal oleh pengawal keselamatan sekitar jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian, mangsa masih lengkap berpakaian staf hospital berwarna biru dan dipercayai dalam penugasan 24 jam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan tertekan dengan masalah kesihatan dihadapi sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan itu.

Iklan

"Ini berdasarkan satu nota yang kita temui dalam sebuah beg berisi pengenalan diri mangsa bersama kad perubatan dan kad kaunseling.

"Dalam nota itu tertulis bahawa mangsa sudah tidak boleh tahan dengan masalah kesihatan dan tidak lagi mahu menyusahkan ahli keluarga serta rakannya.

Iklan

"Malah dalam nota itu turut disertakan pernyataan maaf kerana terpaksa bertindak sedemikian," katanya.

Nota yang ditemui dalam beg milik mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang beralamat dari Klebang Restu, Chemor itu sedang menunggu keputusan rawatannya dan kebetulan ketika kejadian dia bertugas di tingkat 3.

"Siasatan kita mendapati, mangsa mungkin terjun dari ketinggian itu berdasarkan ruang yang ada serta keadaan di situ.

"Maklumat lanjut akan diperolehi sebaik bedah siasat dijalankan hari ini (Khamis) dan kita klasifikasikan awal kes sebagai mati mengejut," katanya.

Beberapa rakan mangsa yang ditemui di Jabatan Forensik HRPB ada menyatakan mangsa berada dalam kemurungan sejak beberapa hari lalu, namun tidak berkongsi keadaannya itu dengan orang lain.

Mangsa yang sudah berkhidmat di hospital berkenaan lebih setahun lalu juga merancang untuk berkahwin pada Mei ini.