PKP: Kedah tangguh urusan akad nikah
Iklan
Mohd Yusri Md Daud
ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menangguhkan semua urusan akad nikah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula Jumaat sehingga 4 Februari depan.
Pengarahnya, Mohd Yusri Md Daud berkata, penangguhan itu termasuk urusan perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk di semua Pejabat Agama Islam Daerah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan dibuat bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan pernikahan.
"Sehubungan itu, majlis akad nikah tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Mohd Yusri berkata, pelaksanaan Kursus Pra-perkahwinan Islam (MBKPI) seluruh negeri juga ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini.
"Semua perkhidmatan rundingcara şecara bersemuka di Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh negerİ turut ditangguhkan. Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan urusan rundingcara, boleh menghantar melalui emel untuk tindakan lanjut,” katanya.
Iklan
Menurutnya, penguatkuasaan itu akan terpakai sehingga tempoh PKP berakhir dan sebarang perubahan atau pindaan berkaitan arahan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>