Perang Covid-19 belum nampak pengakhiran

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui peperangan melawan Covid-19 tiada pengakhiran walaupun sudah setahun bergelut dengan virus tersebut.

Menurutnya, tempoh perang yang panjang menyebabkan petugas kesihatan dan pengurusan mengalami kelesuan mental serta fizikal.

Iklan
Iklan

"Lebih setahun, kita (masih) tidak nampak pengakhiran," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, menyedari hal itu, KKM menyediakan perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) kepada semua petugas yang terjejas.

Iklan

"Mereka boleh menghubungi talian tersebut bagi membolehkan bantuan diberikan," katanya.

Beliau yang juga digelar Panglima Perang oleh rakyat berkata, pihaknya memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk bertugas secara bergilir-gilir.

Iklan

"KKM juga mempertimbangkan untuk membuat penggantian tugas di lapangan. Ia bukan mudah, kita tiada cara lain," katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas mengenai kelesuan yang dihadapi petugas dan pengurusan KKM.

Sementara itu, kehadiran bagi upacara pengebumian dinasihatkan di bawah 20 orang bagi mengelakkan tercetusnya kluster seperti Pasai di Sarawak dan Bakinya di Sabah.

"Isu ini sangat sensitif kerana ia melibatkan keagamaan dan emosi ahli keluarga, jadi perlu mendapatkan kebenaran daripada polis jika ada perhimpunan," katanya.

Tambahnya, setiap individu yang menghadiri upacara pengebumian itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan diri dijangkiti.

"Jaga jarak, pakai pelitup muka dan kerapkan cuci tangan," katanya.

Kluster Pasai tercetus apabila seorang wanita dari Johor pulang ke Sarawak untuk menghadiri pengebumian bapanya.

Setakat ini, sebanyak 981 kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster itu yang merebak ke beberapa daerah lain.